PENGENALAN BUAH KURMA(2)
Buahnya adalah sebiji pepauh digelar sebagai sebiji kurma.
Ia berbentuk bujur-silinder, panjang 3–7 sm, dan bergaris pusat 2–3 sm, dan
apabila matang, memiliki warna merah ke kuning muda, bergantung pada kelainan.
Kurma mengandungi biji benih tunggal panjang sekitar 2–2.5 sm dan tebal 6–8 mm.
Terdapat tiga kultivar utama kurma: lembut (contohnya 'Barhee', 'Halawy',
'Khadrawy', 'Medjool'), semi-kering (contohnya 'Dayri', 'Deglet Noor',
'Zahidi'), dan kering (contohnya 'Thoory'). Jenis buah bergantung pada
kandungan glukosa, fruktosa dan sukrosanya.
Pokok kurma adalah jenis dioecious, dengan berpisahan
tumbuhan jantan dan betinanya. Pokok ini dapat ditanam secara mudah dari biji
benih, tetapi hanya 50% daripada anak benih akan menjadi betina dan oleh itu
berbuah. Kurma-kurma daripada tumbuhan anak benih seringnya lebih kecil dan
bermutu kurang baik. Oleh sebab itu, kebanyakan ladang komersil menggunakan
keratan daripada hasil keratan banyak, utamanya jenis "Medjool"
kerana hasilan sedemikian mengeluarkan hasil tinggi dengan buah yang besar dan
manis. Tumbuhan yang membesar daripada keratan akan berbuah dua atau tiga tahun
lebih awal daripada tumbuhan anak benih.
Kurma secara azalinya berpolinasi angin tetapi dalam
hortikultur oasis tradisional dan kebun komersil moden, pokok-pokok kurma
berpolinasi keseluruhannya secara insani. Polinasi kebiasaannya muncul dengan
bilangan tumbuhan jantan dan betina yang sama. Meskipun demikian, dengan
bantuan, sebiji benih jantan akan mempolinasikan lebih daripada 100 benih
betina. Memandangakan benih jantannya dianggap hanya sebagai pemolinasi, para
petani dapat menggunakan sumber mereka untuk meningkatkan hasilan buah tumbuhan
betina. Polinasi insani dilakukan dengan tenaga kerja mahir dengan menggunakan
tangga; di sesetengah kawasan seperti di Iraq, mereka memanjat pokok
menggunakan alat pemanjat khas yang dibalut keliling batang pokok dan belakang
tubuh pemanjat untuk membuatnya terlekat pada batang pokok sementara memanjat.
Kurang seringnya, debunga akan ditiup ke bunga betina dengan mesin angin.
Hasil partenokarpik wujud tetapi buahnya yang tidak berbiji
lebih kecil dan berkualiti lebih rendah.Kurma masak dalam empat peringkat,
masing-masing dikenali dengan nama Arabnya di seluruh dunia, iaitu kimri
(matang), khalal (saiz-penuh, rangup), rutab (masak, lembut), dan tamr (masak,
keringan matahari). Sebahagian 100 gram kurma segar menjadi sumber premium
vitamin C, dan membekalkan 230 kcal (960 kJ) tenaga. Oleh sebab kurma
mengandungi hanya sedikit air, buah ini tidak bertambah konsentrat apabila
dikeringkan, walaupun vitamin C hilang dalam proses pengeringan.
Kurma ialah tanaman tradisional di Iraq, Semenanjung Arab,
dan barat Afrika Utara hingga ke Maghribi dan telah dijelaskan di beberapa
tempat-tempat dalam al-Qur'an. Di negara-negara Islam, kurma dan yogurt atau
kadang-kadang susu menjadi suatu hidangan tradisional pertama apabila matahari
terbenam sewaktu bulanRamadan. Kurma (terutamnya Medjool dan Deglet Noor) juga
dikeluarkan di selatan California dan Arizona di Amerika Syarikat.
Pokok kurma mengambil masa 4 ke 7 tahun selepas ditanam
untuk berbuah, dan menghasilkan tuaian komersil antara 7 ke 10 tahun. Pokok
kurma matang dapat mengeluarkan 80-120 kilogram (176–264 lb) kurma pada musim
tuai, walaupun pokok-pokok ini tidak semua masak pada waktu yang sama dan kerana
itu memerlukan beberapa kali tuaian. Untuk mendapatkan buah berkualiti pasaran,
sikat-sikat kurma haruslah nipis dan dimasukkan ke dalam beg atau ditutupi
sebelum masak supaya buah yang lainnya membesar dan dilindungi daripada kesan
cuaca dan perosak seperti burung.