Thursday, May 5, 2022

 PANDANGAN ULAMA(7)

Syeikh Ibn Baz pernah menyatakan bahawa sesiapa yang mengamalkan memakan kurma sebanyak tujuh biji adalah merupakan salah satu cara rawatan. Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah Madinah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya.” Dalam riwayat lain dengan lafaz : “yang ditanam antara dua bebatuan hitam” iaitu kurma Madinah keseluruhannya. Dan diharapkan kurma-kurma lain (selain Madinah) termasuk juga di dalam fadilat tersebut iaitu mudah-mudahan Allah akan memberi manfaat buat pengamalnya, yang memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi (sekalipun bukan kurma Madinah). [Lihat : Fatwa Nur ‘ala al-Darb (3/297)]

Syeikh Ibn Soleh al-Uthaimin menyatakan bahawa hadis tersebut sahih akan tetapi berbeza pada lafaz-lafaz yang mengikatnya (mengkhususkannya) sebagaimana yag terdapat dalam sesetengah riwayat. Ada lafaz yang mengikatnya dengan kurma Ajwah. Dan ada yang mengikatnya dengan kurma Ajwah ‘Aliyah. Sebahagian ulama mengatakan bahawa fadilat tersebut adalah khusus buat kurma ini sahaja (yang mengikatnya), dan bukannya sabit pada semua jenis kurma. Sementara sebahagian ulama yang lain memahami hadis tersebut sebagai bersifat mutlak (tidak diikat dengan sesuatu apa pun). Oleh itu, sesiapa yang memakan apa sahaja jenis kurma pada waktu pagi sebanyak tujuh biji, dia terselamat daripada sebarang racun dan sihir pada hari tersebut… Dan lafaz yang muqayyad (diikat dengan sesuatu), sekiranya ia bertepatan sebagaimana lafaz yang umum pada hukumnya, maka lafaz tersebut tidak boleh menjadi pengikat (yang mengikat lafaz umum), akan tetapi ia hanyalah sekadar menyebut sebahagian daripada jenis-jenisnya sahaja… Kesimpulannya, kami katakan selagi mana nas tersebut muhtamal (ada kemungkinan), sekiranya seseorang itu memakan tujuh biji kurma dan ia menepati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW, maka dia memperoleh fadilat tersebut. Dan sekiranya ia tidak menepati, perkara tersebut langsung tidak memudaratkannya. [Lihat : Fatawa Nur ‘ala al-Darb li al-Uthaimin (6/2)]

No comments:

Post a Comment

KURMA DAN KHASIATNYA

  KURMA DAN KHASIATNYA SEJARAH KURMA(1) Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu tahun. Pohon ini diperca...