Thursday, May 5, 2022

 KAJIAN SAINS MENGENAI KURMA(8)

Kurma sangat kaya dengan kandungan nutrien yang pelbagai. Oleh yang demikian, banyak kajian telah dijalankan bagi mengkaji kandungan yang terdapat di dalam kurma. Antaranya ialah :

  1. Selenium

Kajian telah mendapati bahawa selenium yang terdapat di dalam buah kurma penting dalam sistem imunisasi badan.

  1. Agen aktioksida

Selain itu, kurma juga mengandungi agen antioksida. Satu kajian telah dijalankan ke atas hati tikus yang telah diaruh menjadi toksik, kemudian dirawat dengan ekstrak buah kurma. Hasil menunjukkan bahawa buah kurma berpotensi sebagai agen antioksida. Begitu juga, satu kajian lain telah dijalankan ke atas 11 jenis kurma dari Iran bagi melihat aktiviti antioksida dan kandungan fenolik di dalam kurma-kurma tersebut. Hasil menunjukkan jenis kurma dari Iran ini berpotensi sebagai bahan antioksida.

  1. Flavonoid

Hasil kajian mendapati kurma Deglet-Noor mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain daripada itu, ia juga mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan. Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan baik untuk pencegahan penyakit terutamanya seperti penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular.

No comments:

Post a Comment

KURMA DAN KHASIATNYA

  KURMA DAN KHASIATNYA SEJARAH KURMA(1) Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu tahun. Pohon ini diperca...